Lapan calon pemain terbaik Eropah dari Barcelona, Juventus

Lapan calon pemain terbaik Eropah dari Barcelona, Juventus

NYON, Switzerland, 16 Julai – Finalis Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona dan Juventus mengisi lapan daripada 10 calon bagi Anugerah Pemain Terbaik Eropah, musim lalu.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan pemain Chelsea, Eden Hazard juga diundi daripada senarai 35 calon awal.

Pemain-pemain daripada kelab juara Eropah, Barcelona ialah penyerang, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez.

Kelab gergasi Itali yang tewas di pentas final kepada Barca, Juventus pula menyenaraikan Gianluigi Buffon, Paul Pogba, Andrea Pirlo, Carlos Tevez dan Arturo Vidal.

UEFA meminta wartawan daripada 54 negara ahli gabungannya untuk menyerahkan senarai lima pemain teratas mereka bagi musim 2014-15.

Senarai tiga nama terakhir akan dinamakan pada 12 Ogos ini. Panel wartawan UEFA akan memilih pemenang pada undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di Monaco pada 27 Ogos ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA