Lapan kelahiran sempena Hari Keputeraan

Lapan kelahiran sempena Hari Keputeraan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Sebanyak lapan kelahiran telah dicatatkan setakat jam 7 malam hari ini, hari penuh bermakna bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Daripada jumlah berkenaan, tujuh kelahiran iaitu dua anak damit lelaki dan lima anak damit perempuan dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di sini, manakala Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong mencatatkan satu kelahiran iaitu seorang anak damit lelaki yang dilahirkan oleh Dayang Nonnie Navilah anak Ejau, 30, pada pukul 4:59 pagi dengan seberat 3.240kg.

Di Hospital RIPAS, anak pertama yang dilahirkan ialah anak lelaki seberat 3.470kg pada pukul 7:46 pagi yang dilahirkan oleh Dayang Rosleaynah Abit, diikuti anak damit lelaki yang dilahirkan oleh Rafidah Ahmad pada pukul 10:52 pagi dan seterusnya Kartika Suhaimi melahirkan anak damit perempuan pada pukul 1:13 petang.

ARTIKEL YANG SAMA