Lapan lelaki maut ditembak pembunuh

Lapan lelaki maut ditembak pembunuh

TEGUCIGALPA, Honduras, 15 Ogos – Para pembunuh yang memegang senapang telah menyerang dan menembak mati lapan lelaki di pinggir ibu negara sebelum subuh semalam, menurut pihak berkuasa Honduras yang menyalahkan pertikaian wilayah antara samseng jalanan.

Pegawai berkata, mangsa lelaki telah berkumpul di hadapan sebuah perniagaan tempatan apabila lelaki bersenjata tiba dengan menaiki sebuah kenderaan. Pembunuh itu menuntut untuk melihat pengenalan lelaki tersebut, kemudian melepaskan tembakan, kata pihak berkuasa.

Perkhidmatan forensik kebangsaan berkata, mangsa adalah di antara mereka yang berusia 18 hingga 27 tahun. – AP