Lapan lelaki rompak permata dibicarakan

Lapan lelaki rompak permata dibicarakan

LONDON, 21 Mei – Lapan lelaki warga Britain akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menjalankan satu serbuan berani di daerah perniagaan barangan kemas di London bulan lalu yang melibatkan menakik turun sebuah syaf lif dan menggerudi menerusi dinding setebal dua meter.

Polis Metropolitan London semalam mendakwa lapan lelaki, yang berusia di antara 48 hingga 76 tahun, atas konspirasi memecah masuk ke bangunan Hatton Garden Safety Deposit Ltd selama dua malam semasa cuti panjang hujung minggu Easter.

Media Britain telah menganggarkan bahawa serbuan ke atas bilik kebal dipenuhi peti-peti yang mana kebanyakan perniagaan emas, berlian dan barangan kemas di kawasan ini telah menyimpan barangan mereka, mungkin menjadi rompakan terbesar dalam nilainya. Polis tidak mengesahkan perkara itu.

Hatton Garden, yang terletak di tengah London, telah menjadi rumah kepada perdagangan batu permata selama berabad lamanya dan merangsang sekitar 300 peniaga dan lebih 50 kedai barangan kemas.

Selepas perkara memalukan bagi polis yang pada awalnya gagal untuk menghantar sebarang pegawai apabila bunyi loceng kecemasan pencuri berbunyi dalam bangunan deposit keselamatan sejak permulaan serbuan itu, detektif telah menangkap sembilan lelaki di London dan berhampiran Kent pada Selasa lalu.

Polis mengatakan mereka telah menemui ‘sejumlah harta bernilai tinggi’ yang mereka yakin telah dicuri daripada bilik kebal Hatton Garden.

Lapan lelaki itu telah didakwa sementara lelaki kesembilan dibenarkan diikat jamin untuk siasatan selanjutnya. Empat suspek berusia dalam 50-an, seorang 60-an dan yang paling tua dalam 74 dan 76.

Dua lelaki, yang dinamakan oleh polis sebagai Brian Reader, 76 dan Paul Reader, 50, dinyatakan oleh media Britain sebagai bapa dan anak. Polis memberi alamat sama kedua-dua lelaki berkenaan namun tidak mengesahkan hubungan mereka.

Lapan lelaki dijangka akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster lewat hari ini bagi permulaan pendakwaan jenayah mereka. – Reuters