Lapan maut banjir kilat di Arab Saudi

Lapan maut banjir kilat di Arab Saudi

RIYADH 18 Nov (Reuters) – Angka kematian akibat banjir kilat di Jeddah dan beberapa kawasan lain meningkat kepada lapan orang selepas hujan lebat dan angin kencang membadai Arab Saudi, semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Nafi Al-Harbi, dua kematian dicatatkan di daerah Faisaliyah di Jeddah apabila mangsa terkena renjatan elektrik selepas berpaut pada sebatang tiang lampu kerana mahu mengelak dihanyutkan arus banjir.

Tambahnya, satu lagi kematian dicatatkan di daerah Hail apabila seorang kanak-kanak lemas akibat ditenggelami banjir dan seorang lagi mangsa dilaporkan masih hilang.

“Lima lagi kematian berlaku di Yanbu apabila banjir kilat melanda kawasan perkampungan Al-Bathna.

“Tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak,” katanya.