Lapan maut serangan bom kereta di pasar Mogadishu

Lapan maut serangan bom kereta di pasar Mogadishu

MOGADISHU, 27 Nov – Satu bom kereta meletup berhampiran sebuah pasar yang sibuk di ibu negara Somalia, Mogadishu kelmarin membunuh sekurang-kurangnya lapan orang, polis berkata, dimana sumber perubatan memberi amaran bilangan kematian boleh meningkat lebih tinggi.

“Kami telah mengira lapan orang awam setakat ini yang terkorban dalam letupan itu dan lebih 10 yang lain cedera tetapi angka kematian mungkin lebih tinggi kerana kawasan itu adalah sebuah pasar dan ia begitu padat dengan orang ramai ketika letupan itu berlaku, kebanyakan yang cedera mempunyai kecederaan serius, “kata pegawai polis, Ibrahim Mohamed.

Sumber perubatan mencadangkan hampir 30 orang telah terbunuh, tetapi ini belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Penduduk berkumpul di tempat kejadian kelmarin di ibu negara yang bergolak Somalia, Mogadishu. – AFP
Penduduk berkumpul di tempat kejadian kelmarin di ibu negara yang bergolak Somalia, Mogadishu. – AFP

“Ambulans kami telah mengumpulkan 13 orang awam yang cedera dan 28 mayat, jumlah kematian mungkin lebih tinggi kerana kepadatan penduduk di lokasi di mana letupan itu berlaku,” kata Dr Abdulkadir Abdirahman Adem, pengarah perkhidmatan ambulans AMIN, memberitahu kepada AFP.

Letupan itu berlaku di kawasan yang padat dengan penduduk iaitu di Afisiyone, selatan Mogadishu.

Tidak ada kumpulan yang telah mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi serangan disyaki dilakukan oleh Al-Qaeda yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau Shabaab, yang dikunci dalam pertempuran dengan kerajaan Somalia dan kerap melakukan serangan di bandar itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA