Lapan maut tanur bata runtuh di Nepal

Lapan maut tanur bata runtuh di Nepal

KATHMANDU, 15 dis (dpa) – Lapan orang maut apabila sebuah tanur bata runtuh di tenggara Nepal, termasuk enam warga India, menurut para pegawai hari ini.

Tanur bata tersebut runtuh selepas berlaku letupan ketika proses pembakaran sedang dijalankan, menurut pejabat daerah Sunsari, kira-kira 350 kilometer di tenggara Kathmandu.

Dua puluh satu orang pekerja yang lain mengalami kecederaan dengan 18 orang berada dalam keadaan serius. Salah seorang warga India yang terbunuh akibat runtuhan itu ialah budak lelaki berusi 12 tahun dari negeri Bihar.

Dua korban jiwa yang lain adalah warga Nepal.

Pengusaha tanur bata Nepal terkenal kerana menggaji pekerja di kalangan kanak-kanak yang bekerja dalam keadaan berbahaya dan tidak bersih.

ARTIKEL YANG SAMA