Lapan negara ASEAN sertai latihan keselamatan siber

Lapan negara ASEAN sertai latihan keselamatan siber

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Lapan negara ASEAN mengambil bahagian dalamlatihan kursus keselamatan siber di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang dihoskan Malaysia, bermula semalam hingga 26 Ogos ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2015, CyberSecurity Malaysia telah dilantik sebagai institusi latihan di bawah MTCP untuk menjalankan latihan keselamatan siber yang pertama.

17 pakar teknologi maklumat dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand mengambil bahagian dalam latihan yang bertemakan ‘Cyber Security Capacity Building: Cyber Security Compliance, Incident Handling And Assessment Training,’ menurut kenyataan itu.Latihan keselamatan siber merupakan antara kursus yang ditawarkan oleh MTCP, program yang merupakan sebahagian daripada komitmen Malaysia ke arah mengalakkan kerjasama teknikal dalam kalangan negara-negara membangun.

Ia juga bertujuan memperkukuhkan kerjasama serantau dan subserantau serta memupuk semangat berdikari secara kolektif dalam kalangan negara-negara membangun. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA