Lapan pasukan berentap di Kejohanan Speedsend 2016

Lapan pasukan berentap di Kejohanan Speedsend 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Sebanyak lapan perlawanan telah berlangsung sehingga semalam di dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Speedsend 2016 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Perlawanan pembukaan menyaksikan Pasukan Rakin Design menewaskan Pasukan Han Kook Tyre dengan jaringan 95-81 sebelum Pasukan Juramas pula menewaskan Pasukan Propel dengan ja-ringan 100-64.

Pada hari kedua, kejohanan diteruskan dengan dua perlawanan di dalam Kumpulan B antaranya Pasukan Rotary menentang Pasukan Hainan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan Rotary dengan jaringan 84-71.

Perlawanan kedua di hari kedua pula menyaksikan Pasukan Easyway menang besar ke atas Pasukan Baotime dengan jaringan 128-64.

Pasukan D’Sunlit pada hari ketiga pula menang besar ke atas Pasukan Street Rol dengan jaringan 122-64 sebelum Pasukan Juramas menumpaskan Pasukan Hainan dengan jaringan 60-110.

Antara aksi di dalam kejohanan itu hari ini
Antara aksi di dalam kejohanan itu hari ini

Perlawanan semalam diteruskan dengan dua lagi perlawanan di dalam Kumpulan B termasuk perlawanan antara Easyway menentang Pasukan Rotary, dalam perlawanan semalam itu berpihak kepada Pasukan Easyway dengan kemenangan 135-48.

Perlawanan kedua pula menyaksikan Pasukan Baotime menebus kekalahan sebelumnya dengan menewaskan Pasukan Propel dengan jaringan 86-79.

Sebanyak 11 pasukan akan berentap sehingga 21 Julai ini nanti bagi menempatkan dua pasukan teratas daripada kedua-dua kumpulan A dan B di peringkat separuh akhir pada 23 Julai, diikuti perlawanan akhir pada 24 Julai ini nanti.

Kumpulan A disertai Pasukan D’Sunlit, Rakin Design, JCMK, Street Rol dan Han Kook Tyre sementara di dalam Kumpulan B pula terdiri daripada Pasukan Juramas, Rotary, Easyway, Baotime, Propel dan Hainan.