Lapan pelanggan BIBD terima hadiah

Lapan pelanggan BIBD terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Seramai lapan pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, menerima hadiah masing-masing dalam kempen Kad Keistimewaan BIBD dan ‘Swipe for Rewards’ pada majlis yang berlangsung semasa TechXpo 2015 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Tiga daripada pelanggan berkenaan menerima lebih 100,000 Mata Hadiah apabila terpilih sebagai pemenang dalam kempen Kad Keistimewaan BIBD, yang telah disampaikan oleh Pengurus Produk, Dayangku Hajah Siti Amal Zuria binti Pengiran Haji Mohd Jadid, pada majlis yang diadakan pada sebelah pagi.

Sementara itu, lima lagi merupakan pemenang bulanan terakhir bagi kempen ‘Swipe for Rewards’ dengan masing-masing menerima baucar membeli-belah bernilai $500 setiap seorang yang disampaikan oleh Ketua Cawangan-Cawangan BIBD, Pengiran Suhardy bin Pengiran Haji Nordin, pada majlis yang berlangsung pada sebelah petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, kempen Kad Keistimewaan telah berjalan pada pertengahan tahun ini dari Jun hingga Julai, yang menyaksikan pelanggan BIBD menerima diskaun lapan peratus di samping kadar diskaun biasa di laman sesawang Agoda (laman khas BIBD di www.agoda.com/bibd) bagi semua tempahan tempat penginapan di beberapa destinasi.

Sementara itu, kempen ‘Swipe for Rewards’ pula terbuka kepada mana-mana pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $30 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit BIBD di kedai-kedai tertentu, dengan peluang untuk memenangi baucar membeli-belah bernilai $500.

Para pemenang BIBD Agoda.
Para pemenang BIBD Agoda.
Para pemenang ‘Swipe For Rewards’.
Para pemenang ‘Swipe For Rewards’.

BIBD, pada masa ini, juga sedang menjalankan kempen Barakah ke-6 sehingga 30 November 2015.

Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi sebuah kereta Honda Odyssey yang merupakan hadiah utama di samping hadiah-hadiah sagu hati seperti iPhone dan iPad Apple, serta hadiah bulanan berupa peralatan elektronik.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD atau menetapkan gaji mereka ke BIBD.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, bolehlah mengikuti akaun Instagram (BIBDBRUNEI) atau Facebook (bibdbrunei), atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau mengunjungi cawangan BIBD terdekat.

Orang ramai juga oleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.

ARTIKEL YANG SAMA