Lapan pemisah, dua polis maut pertempuran di Pakistan

Lapan pemisah, dua polis maut pertempuran di Pakistan

QUETTA, Pakistan, 24 Dis (AFP) – Pertempuran sengit mengorbankan lapan orang anggota pemisah dan dua anggota separa tentera ketika operasi antipengganas yang dilancarkan di barat daya Pakistan semalam, menurut para pegawai.

Kejadian berlaku di wilayah barat daya Balochistan yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan.

Kematian berlaku ketika serangan bom di pinggir jalan di rantau barat laut Pakistan yang bertikai berhampiran sempadan Afghanistan yang meragut tiga jiwa, termasuklah dua orang kanak-kanak, menurut para pegawai.

Pertempuran di wilayah Balochistan meletus ketika satu serbuan, menurut pihak tentera.

“Pasukan keselamatan menyerbu sebuah kawasan sebagai sebahagian dari operasi yang sedang berjalan, yang mencetuskan pertempuran antara pasukan separa tentera Frontier Corps dan pengganas, mengorbankan lapan orang pemberontak dan dua orang tentera,” jurucakap Muhammad Manzoor memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA