Lapan tan kokain dirampas

Lapan tan kokain dirampas

BOGOTA, 16 Mei (AFP) – Polis Colombia semalam berkata mereka telah berjaya membuat rampasan terbesar dadah, lapan tan kokain dari suku Usuga, sindiket jenayah terancang terbesar di negara itu.

“Congratulations @PoliciaColombia: (Tahniah @PoliciaColombia): operasi di Turbo telah merampas jumlah terbesar dalam sejarah kita,” Presiden Juan Manuel Santos mengumumkan di Twitter.

Dalam satu kenyataan pihak polis mengatakan bahawa awal semalam di Turbo, di barat laut rantau Uraba berhampiran sempadan dengan Panama, mereka telah menemui dadah yang disembunyikan iaitu hampir lapan tan kokain milik suku Usuga, yang disembunyikan di ladang pisang.

Tiga tersangka diberkas dan tiga orang lagi melarikan diri, menurut kenyataan itu.

Sebanyak lapan juta kokain dirampas daripada suku Usuga di Colombia yang merupakan sindiket jenayah terbesar di negara itu. – AFP
Sebanyak lapan juta kokain dirampas daripada suku Usuga di Colombia yang merupakan sindiket jenayah terbesar di negara itu. – AFP

Menteri Pertahanan Luis Carlos Villegas berkata hampir 1.5 tan kokain dibungkus’ dan sedia untuk dikeluarkan ke pasaran eksport.”

Menurutnya ini adalah rampasan terbesar kokain di wilayah Colombia, meskipun ada rampasan kokain yang agak lebih besar di laut.

Pihak berkuasa berkata Suku Usuga, yang muncul selepas pemberhentian besar-besaran khidmat paramilitari sayap kanan sedekad lalu, menghantar bertan-tan kokain dari Colombia menuju Amerika Tengah dan ke AS.

Negara Amerika Selatan itu adalah pengeluar utama koka, bahan mentah untuk memproses kokain.

ARTIKEL YANG SAMA