Lapan warga KACA terima hadiah

Lapan warga KACA terima hadiah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Lapan warga Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), hari ini, telah menerima hadiah bagi Projek Menabung Lima Tahun sepanjang Tahun 2011-2015.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

Turut hadir juga ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman dan para ibu bapa serta jemputan.

Projek Menabung ini telah disertai oleh 47 orang warga KACA dengan tujuan untuk menanam budaya menabung atau ilmu menabung agar warga KACA faham akan sifat berjimat cermat untuk masa depan mereka agar tidak membebankan orang lain.

Lapan warga KACA bergambar bersama hadiah masing-masing.
Lapan warga KACA bergambar bersama hadiah masing-masing.

Selain itu, para ibu bapa turut membantu anak-anak mereka menabung, sekali gus mengurus wang mereka.

KACA juga akan meneruskan projek menabung ini bermula tahun ini sehingga 2020.

Awang Norazamie anak Jambon dari KACA Tutong muncul sebagai pemenang pertama dengan jumlah tabungan tertinggi sebanyak $15,676.70.

Manakala itu, tempat kedua pula ialah Awang Abdul Azim bin Bakar dari KACA Bandar Seri Begawan dengan jumlah tabungan sebanyak $13,624.43 dan tempat ketiga ialah Wan Ramadhani bin Iding Kurniawan juga dari KACA Bandar Seri Begawan dengan jumlah $11,358.71.