Lapangan terbang Bali dibuka semula

Lapangan terbang Bali dibuka semula

DENPASAR, Indonesia, 12 Julai (AFP) – Lapangan terbang di pualu peranginan Bali, Indonesia dibuka semula selepas letusan gunung berapi memaksa penutupannya buat kali kedua dalam masa beberapa hari dan mengakibatkan kesengsaraan perjalanan bagi orang yang bercuti, terkandas di lapangan terbang itu.

Gunung Raung di pulau utama Jawa telahpun meletus selama beberapa minggu, dan pada Khamis kepulan abu memaksa lapangan terbang Bali ditutup ketika musim kemuncak percutian, dan empat lapangan terbang lain.

Lapangan terbang di Bali, destinasi percutian antarabangsa yang menarik berjuta-juta pelancong asing setiap tahun, dibuka semula semalam tatkala abu berarak keluar, membenarkan beberapa penumpang menaiki kapal terbang pulang dengan ketibaan penumpang lain.

Namun pada pagi ini, kementerian pengangkutan mengumumkan tiupan angin sekali lagi telah membawa awan ke pulau peranginan dan lapangan terbang ditutup sekali lagi sehingga sekurang-kurangnya pada pukul 4:00 petang.

Bagaimanapun, penutupan baru itu hanya berakhir beberapa jam dan lapangan terbang dibuka semula pada petangnya ketika kepulan abu beralih arah, menurut kerajaan.

Gunung berapi Raung meluahkan kepulan abu dan asap yang dapat dilihat dari daerah Bondowoso, terletak di timur pulau Jawa pada 12 Julai. – AFP
Gunung berapi Raung meluahkan kepulan abu dan asap yang dapat dilihat dari daerah Bondowoso, terletak di timur pulau Jawa pada 12 Julai. – AFP

“Operasi normal dan sepenuhnya telah disambung semula hari ini, namun pesawat yang datang dan dari arah barat perlu mengelak abu tersebut,” menurut jurucakap kementerian pengangkutan, J.A. Barata memberitahu AFP.

Ribuan pelancong yang mengunjungi pulau tropika itu yang terkenal dengan pantainya mendapati diri mereka menunggu selama beberapa hari di lapangan terbang Ngurah Rai, Bali, berhampiran bandar pulau Denpasar, dengan cemas memerhati papan berlepas, duduk dan tidur di lantai.

Penutupan kali kedua itu menambah keadaan kelam-kabut ketika orang yang bercuti menuju balik ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat yang telah ditangguhkan oleh penutupan pertama.

“Seseorang baru berkata lapangan terbang ditutup selama sekurang-kurangnya enam jam, sukar dipercayai,” kata seorang pelancong terkandas Steve Dunthorne, di Twitter.

“Berdiri dalam barisan untuk mendaftar masuk seperti lemon. Kakitangan nampak bingung seperti penumpang,” tambah beliau.

Selepas lapangan terbang Bali dibuka hari ini, pengangkutan penerbangan negara Indonesia, Garuda mengatakan bahawa penerbangan itu telah dialihkan akibat kepulan abu yang muncul kembali, sementara penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan perkhidmatan dari pulau itu disambung kembali.