Lapangan terbang Bali terus ditutup

Lapangan terbang Bali terus ditutup

JAKARTA, 5 Nov (AFP) – Lapangan terbang antarabangsa Bali ditutup sehingga Jumaat ekoran letusan gunung berapi di pulau berdekatan, menyebabkan beratus penerbangan terkandas pada hari kedua penutupannya, kata pegawai tempatan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau peranginan itu ditutup sejak lewat Selasa lalu kerana debu tebal yang dibawa dari Gunung Rinjani, gunung berapi aktif di pulau berhampiran Lombok.

Pihak berkuasa mengesahkan terminal utama Bali akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya pagi Jumaat, mengakibatkan beribu penumpang terkandas untuk beberapa hari lagi.

Penumpang menunggu untuk mendapatkan maklumat mengenai penangguhan dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang Bali. – AFP
Penumpang menunggu untuk mendapatkan maklumat mengenai penangguhan dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang Bali. – AFP

“Penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali akan dilanjutkan sehingga 7.45 pagi Jumaat kerana abu gunung berapi dari Gunung Rinjani,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, JA Barata.

Sementara itu, dua lapangan terbang di Lombok termasuk terminal antarabangsa dan lapangan terbang dalam negeri di Jawat Timur yang terjejas akibat abu letusan gunung berapi itu turut ditutup, katanya.

Hampir 700 penerbangan termasuk 320 penerbangan antarabangsa, dibatalkan antara Selasa dan Khamis kerana penutupan itu, kata pengurus lapangan terbang, Trikora Harjo.