Lapangan terbang baru dibina di sempadan China-Rusia

Lapangan terbang baru dibina di sempadan China-Rusia

HARBIN, 16 Okt – Pembinaan sebuah lapangan terbang awam baru dijangka bermula tidak lama lagi di sepanjang sempadan China-Rusia di wilayah timur laut Heilongjiang.

Berharga sekitar 1.2 bilion yuan (AS$179 juta), lapangan terbang itu direka untuk menampung 450,000 penumpang dan 3,600 tan kargo dan mel setiap tahun, menurut seorang jurucakap rasmi Suifenhe City.

Ia akan mempunyai landasan 2,500-meter panjang, 45 meter lebar, membolehkan 4,800 buah kapal terbang untuk berlepas dan mendarat dalam setahun, kata jurucakap itu.

Pembinaan sebuah lebuh raya menuju ke lapangan terbang itu telah bermula kelmarin.

Terletak di bahagian tenggara Heilongjiang, Suifenhe adalah sebuah pelabuhan yang terbesar di wilayah itu ke Rusia. Ia menyaksikan hampir satu juta perjalanan merentas sempadan dan jumlah perdagangan melebihi 10 bilion yuan setahun.

Statistik kastam menunjukkan hampir 80 peratus daripada kargo Heilongjiang yang diimport atau dieksport ke Rusia adalah melalui Suifenhe. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA