Lapangan terbang Belgium alami masalah teknikal

Lapangan terbang Belgium alami masalah teknikal

BRUSSELS, 27 Mei (AFP) – Lapangan terbang Belgium tergendala hari ini selepas kerosakan elektrik berlaku di kawalan trafik udara di Brussels mengakibatkan penerbangan menuju ke Belgium dilencongkan haluannya dengan penerbangan yang hendak berlepas telah ditangguhkan dan dibatalkan.

“Disebabkan oleh kerosakan teknikal dengan kawalan trafik udara, tidak ada kemungkinan penerbangan berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Brussels sehingga 1400H. Ini adalah masalah seluruh negara,” pihak berkuasa lapangan terbang Brussels mengatakan dalam satu kenyataan.

Pesawat menuju ke bandar EU telah dilencongkan ke lapangan terbang serantau, dalam usaha untuk mengosongkan ruang udara Belgium, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa pesawat yang melintasi Belgium tidak terjejas.

Trafik telah ditangguhkan di lapangan terbang serantau Charleroi, hab penerbangan berhampiran sempadan Perancis, serta Liege, dekat Jerman.

Kerosakan dalam peralatan Navigasi udara lapangan terbang Zaventem Brussels berlaku sekitar 0730 GMT, menurut agensi EU, Eurocontrol.

Beberapa penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang Lille di Perancis, menurut jurucakap di sana. Sekitar 1,000 penumpang telah berkunjung dari Lille ke destinasi tujuan mereka menggunakan bas. Lapangan terbang Brussels telah menerima sekitar 600 penerbangan yang tiba atau berlepas setiap hari.

ARTIKEL YANG SAMA