Lapangan terbang ‘diserbu’

Lapangan terbang ‘diserbu’

HONG KONG, 2 Ogos – Sekumpulan penumpang berang yang terkandas selepas Taufan Nida membadai Hong Kong, mengerumuni lapangan terbang hari ini, terdesak untuk mendapatkan penerbangan ketika bandar itu terjejas akibat ribut yang melanda seluruh selatan China.

Ratusan buah penerbangan telah dibatalkan, sekolah-sekolah dan kedai ditutup dan pasaran saham ditutup sehari ketika ribut itu membawa angin kencang dan hujan lebat. Angin kencang bertiup 151 kilometer sejam membadai bandar itu dan hujan turun mencurah-curah pada waktu malam, mengakibatkan tiga orang cedera dan beberapa batang pokok tumbang dan aram-aram tercabut.

Ribut itu mencetuskan signal Taufan 8 – kategori ketiga paling kuat – yang berkurang sekitar tengah hari, hari ini, ketika angin dan taufan melintasi tanah besar China.

Namun ketika jalan-jalan kosong di bandar itu beroperasi seperti biasa dengan perkhidmatan kereta api dan bas disambung semula, lapangan terbang Chek Lap Kok Hong Kong dibanjiri dengan penumpang yang terkandas.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang memberitahu AFP bahawa hanya 500 penerbangan akan beroperasi antara 6 pagi dan tengah malam waktu tempatan hari ini (2200 GMT pada Isnin hingga 1600 GMT). Pada hari biasa, lapangan terbang itu akan mengendalikan 1,000 penerbangan.

Para penumpang berbaris ketika mereka menunggu untuk mengetahui status penerbangan mereka selepas Taufan Nida mengakibatkan huru-hara di lapangan terbang antarabangsa di HK pada 2 Ogos. – AFP
Para penumpang berbaris ketika mereka menunggu untuk mengetahui status penerbangan mereka selepas Taufan Nida mengakibatkan huru-hara di lapangan terbang antarabangsa di HK pada 2 Ogos. – AFP

Lebih 150 penerbangan dibatalkan hari ini ketika Nida menghampiri, mengakibatkan para penumpang terkandas tidur di lantai dewan berlepas.

Pengangkutan terkenal Hong Kong, Cathay Pacific dan subsidiarinya Dragonair membatalkan kesemua penerbangan mereka dalam dan keluar Hong Kong selama 16 jam, bermula 10 malam Isnin sehingga 2 petang Selasa.

Pengawal keselamatan menegah para penumpang tanpa penerbangan dari memasuki meja daftar masuk hari ini, mengarahkan mereka ke bahagian lain di lapangan terbang untuk mendapatkan bantuan kakitangan di sana.

Beberapa daripadanya mengadu yang kakitangan syarikat penerbangan itu tidak memberi mereka baucar makanan ataupun penginapan kecemasan meskipun lama menunggu.

“Penerbangan itu memberi maklumat yang tidak konsisten. Tidak ada pengumuman apa pun tentang penginapan, makanan atau situasi cuaca. Ia huru-hara,” menurut seorang penumpang memberitahu rangkaian tempatan TVB.

Penumpang lain dari Filipina memberitahu AFP yang dia tidak dibekalkan dengan makanan mahupun penginapan, walaupun berada di lapangan terbang itu sejak jam 7 malam pada Isnin. Penerbangannya telah dijadualkan semula pada jam 10 malam hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA