Lapangan Terbang Frankfurt tawar perkhidmatan limousin

Lapangan Terbang Frankfurt tawar perkhidmatan limousin

FRANKFURT, 25 Mei (dpa) – Lapangan terbang Frankfurt kini menawarkan perkhidmatan pintu masuk-ke-pintu masuk yang mana penumpang diiringi melalui mana-mana pemeriksaan kawalan keselamatan yang dikehendaki bagi penerbangan sambung, sebelum dipandu masuk ke dalam limousin mewah menuju ke pintu berlepas mereka.

Perkhidmatan itu berharga 85 euro bagi sekitar empat penumpang yang membuat penerbangan sambung dan terbuka kepada penumpang kelas perniagaan dan ekonomi yang sama menerusi hab penerbangan utama Jerman.

Tempahan perlu dilakukan sekitar 48 jam awal, namun boleh dibatalkan 24 jam sebelum ketibaan jadual penerbangan penumpang.

Perkhidmatan itu hanya untuk para penumpang dengan minimum 45 minit waktu sambungan antara penerbangan.

Tempahan boleh dilakukan dalam online di www.serviceshop.flughafenfrankfurt.de.

ARTIKEL YANG SAMA