Lapangan terbang London ditutup angkara bom

LONDON, 12 Feb – Lapangan Terbang London City ditutup buat sementara kelmarin, susulan penemuan sebutir bom Perang Dunia Kedua berhampiran Sungai Thames.

Bahan letupan terbabit ditemui di Jeti Raja George V, berhampiran landasan lapangan terbang di tengah bandaraya London itu, semasa membuat pekerjaan yang dirancang.,

“Satu landasan sepanjang 214 meter itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga oleh Polis Metropolitan, menyebabkan lapangan terbang terbabit terpaksa ditutup buat sementara waktu,” menurut pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan dalam satu kenyataan.

Susulan penutupan, orang ramai diberi arahan untuk mengelak daripada berurusan di premis berkenaan.

Orang ramai diberi arahan untuk mengelakkan lapangan terbang tersebut: “Semua penumpang yang dijadualkan menaiki penerbangan dari lapangan terbang ini dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan keterangan lanjut.”

Lapangan Terbang London City mengendalikan penerbangan jarak pendek dan terletak di timur London, berhampiran dengan daerah perdagangan Canary Wharf.

Menurut Polis Metropolitan, penemuan bom berkenaan dilaporkan pada awal pagi semalam, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan. – AFP