Lapangan terbang Mexico ditutup akibat debu

Lapangan terbang Mexico ditutup akibat debu

PUEBLA, 26 Jan – Debu gunung berapi Popocatepetl yang melitupi lapangan terbang di bandar Puebla di tengah Mexico menyebabkan pihak berkuasa menutup sementara operasinya.

Pusat Pencegahan Bencana Negara berkata, empat letusan dicatat di antara Ahad dan Isnin di gunung berapi setinggi the 5,452 meter itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Awam Negeri Puebla, Jesus Morales, berkata operasi lapangan terbang ditutup selama tiga jam bagi membolehkan pekerja membersihkan debu dari landasan.

Penutupan sementara itu tidak menjejaskan sebarang penerbangan kerana tiada yang dijadualkan mendarat pada masa berkenaan. – AFP

Warga menyaksikan gunung berapi Popocatepetl apabila ia memuntahkan abu dari Paso de Cortes, Puebla, Mexico. – AFP
Warga menyaksikan gunung berapi Popocatepetl apabila ia memuntahkan abu dari Paso de Cortes, Puebla, Mexico. – AFP