Lapangan terbang Pakistan terima ancaman bom

Lapangan terbang Pakistan terima ancaman bom

ISLAMABAD, Pakistan, 22 Mac – Ancaman bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto di ibu negara Pakistan ternyata palsu dan lapangan terbang dibuka semula selepas operasi pencarian dijalankan, agensi berita Xinhua China melaporkan pegawai yang dipetik sebagai berkata.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, keadaan darurat telah diisytiharkan di lapangan terbang itu selepas pihak berkuasa lapa-ngan terbang menerima panggilan tanpa nama dari London pada pagi hari ini, dengan mendakwa bahawa terdapat bom pada dua daripada penerbangan antarabangsa yang bersedia untuk berlepas dari landasan.

Katanya, kenyataan bom palsu itu menangguhkan lima penerbangan apabila lapangan terbang itu ditutup sementara, manakala satu penerbangan yang datang dari Doha dilencongkan ke barat laut bandar Peshawar.

Unit penghapusan bom tidak menemui apa-apa pada lima pesawat tersebut dan kesemua bagasi penumpang selepas misi pencarian dibuat. Kemudian, lapangan terbang itu dibuka semula dan menjalankan operasi seperti biasa.

Pihak Keselamatan telah membuat langkah berjaga-jaga di lapangan terbang itu dan pasukan tentera tambahan dikerahkan bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku, kata jurucakap itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA