Lapangan terbang Rusia dibuka semula selepas nahas

Lapangan terbang Rusia dibuka semula selepas nahas

MOSCOW, 21 Mac (AFP) – Lapangan terbang di bandar Rostov-on-Don selatan Rusia dibuka semula pagi hari ini setelah dua hari setelah jet penumpang dari pesawat penerbangan tambang rendah flydubai terhempas di sana selepas mendarat, membunuh kesemua 62 orang di dalamnya.

Boeing 737, yang terbang dari Dubai ke Rostov-on-Don, meletup menjadi bebola api selepas cubaan mendarat kali kedua dalam keadaan angin kencang dan hujan.

“Lapangan terbang itu kini sepenuhnya beroperasi,” kata perwakilan lapangan terbang memberitahu AFP.

Pihak berkuasa serantau mengatakan kelmarin bahawa para pekerja telah siap membersihkan landasan lapangan terbang daripada serpihan kapal terbang berkenaan, yang para penyiasat katakan serpihan bertaburan kira-kira 1.5km dari tapak terhempas.

Penerbangan keluar disambung semula pada jam 0630 GMT hari ini, namun penerbangan yang datang ke bandar yang memiliki sejuta orang itu masih ditangguhkan atau dibatalkan.

Para penyiasat masih melancarkan siasatan jenayah ke atas sama ada berkemungkinan cuaca buruk, kesalahan juruterbang atau kegagalan teknikal menjadi punca nahas tersebut, yang membunuh semua 55 orang penumpang dan tujuh anggota kru di dalamnya. Dua kotak hitam pesawat berkenaan telah ditemui dari tapak nahas namun ‘rosak teruk’, kata jawatankuasa penerbangan antara kerajaan Rusia, memberi amaran penganalisisan itu akan mengambil masa lama.

Para pakar daripada pesawat flydubai, penerbangan tambang murah milik kerajaan, sebuah firma kembar Emirates Airlines, dan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu sedang menangani siasatan tersebut, kata penyiasat Rusia.