Laporan akhir MH17 masih tidak jelas

Laporan akhir MH17 masih tidak jelas

GILZE-RIJEN, BELANDA, 13 Okt – Penyiasat nahas kapal terbang menyimpulkan hari ini bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan oleh pemberontak di timur Ukraine tahun lepas, membunuh semua 298 orang dalam pesawat itu. .

Penyiasatan yang diketuai oleh Belanda, walau bagaimanapun hari ini mengeluarkan laporan terakhir mereka ke atas nahas pesawat Malaysia Airline MH17 di Ukraine yang bergolak, telah menafikan penemuan dijangka memburukkan lagi hubungan di antara Rusia dan Barat yang sudah tegang.

“Penerbangan MH17 terhempas akibat letupan peledak di luar kapal terbang ke atas bahagian kiri kokpit,” pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra memberitahu sidang akhbar.

“Kepala peledak ini sesuai dengan jenis peluru berpandu darat ke udara BUK.”

Kokpit pesawat Malaysia Airlines MH17 yang musnah dibentangkan kepada media semasa pembentangan laporan akhir mengenai punca kemalangan itu di Pangkalan Udara Gilze Rijen hari ini. – AFP
Kokpit pesawat Malaysia Airlines MH17 yang musnah dibentangkan kepada media semasa pembentangan laporan akhir mengenai punca kemalangan itu di Pangkalan Udara Gilze Rijen hari ini. – AFP

Walaupun beliau menegaskan penyiasat tidak menjalankan siasatan ke lokasi sebenar tapak pelancaran peluru berpandu, tetapi peta yang dipaparkan kepada pemberita jelas menunjukkan kawasan berhampiran Donetsk dikuasai oleh pemisah pro-Rusia. Joustra juga mengecam pihak berkuasa Ukraine kerana membenarkan pesawat awam untuk terus terbang di bahagian timur negara ini walaupun konflik berlaku di antara pasukan Kiev dan pemberontak pemisah pro-Rusia.

“Kami telah membuat kesimpulan sebagai langkah berjaga-jaga dan alasan yang mencukupi bagi pihak berkuasa Ukraine untuk menutup ruang udara di bahagian timur negara mereka,” katanya.

Hasil kajian tersebut sekeras-kerasnya dipertikaikan oleh pembuat peluru berpandu Almaz-Antey, yang telah menjalankan ujian sendiri terhadap kemusnahan kapal terbang tersebut. Syarikat Rusia juga telah melakukan ujian yang “mempertikaikan versi Belanda,” dan kerosakan pesawat MH17 itu menunjukkan ia telah menggunakan jenis peluru berpandu yang lebih tua.

“Keputusan keseluruhan eksperimen mempertikaikan kesimpulan suruhanjaya Belanda tentang jenis roket dan tapak pelancaran,” kata Yan Novikov, pengarah Almaz-Antey. – AFP