Laporan Feb bakal bincangkan pengurangan pengeluaran minyak

VIENNA, Austria, 15 Feb – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), akan mengeluarkan laporan pada lewat Februari, memfokuskan dalam penstabilan pasaran apabila ia bertindak balas terhadap pengurangan pengeluaran pertubuhan itu dan dasar baru pentadbiran tenaga AS.

Laporan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa menteri OPEC, memantau pengurangan pengeluaran itu akan membantu dalam memformalkan satu dasar jelas untuk membantu menstabilkan pasaran global.

Jawatankuasa itu terdiri daripada menteri-menteri OPEC dari Algeria, Venezuela dan Kuwait.

Ini juga termasuk pegawai-pegawai dari ahli bukan-OPEC iaitu Oman dan Rusia.

Ia akan mengadakan mesyuarat keduanya pada 17 Februari bagi membincangkan laporan Februari itu.

Ahli-ahli OPEC dan pengeluar utama dunia lainnya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada 1.8 juta tong sehari.

Perjanjian itu telah berkuat kuasa pada Januari lepas.

Harga itu mencapai kira-kira AS$53.24 setong pada Disember lepas, sebelum kelulusan perjanjian itu dan kini menurun kepada AS$52.76 setong pada 9 Februari.

Sementara itu, laporan itu akan mengkaji dasar-dasar tenaga, dicadangkan oleh Pentadbiran Baru AS, dipimpin oleh Presiden Donald Trump.

Jika pentadbiran Trump menggunakan pelannya bagi dasar ekonomi “Amerika didahului”, dunia akan terjejas oleh pandangan pemencilan ini.

Pakar-pakar bimbang dasar itu akan membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran minyak mentah AS yang mana akan membanjiri pasaran dengan lebihan bekalan dan mengancam stabiliti harga.

Perjanjian-perjanjian bermotifkan politik, seperti perjanjian nuklear Iran yang mana Trump mengancam keluar daripadanya juga akan mempunyai impaknya sendiri dalam status quo global.

Pentadbiran AS dalam dasar tenaga dan politik masa depan akan menjadi salah satu cabaran utama dalam OPEC dan usaha-usaha pengeluar utama untuk menstabilkan pasaran minyak. – NNN