Laporan indeks perabot ‘Kayu Merah Cina’

Laporan indeks perabot ‘Kayu Merah Cina’

NANNING, China, 29 Dis – Pusat Kebangsaan China untuk akademi indeks maklumat kewangan pada 16 November, telah mengeluarkan laporan Indeks Perabot (2015) ‘China (Pingxiang)’ ‘Kayu Merah Cina’ di Pingxiang di Selatan China, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Menurut laporan itu, adalah dianggarkan bahawa industri perabot ‘Kayu Merah Cina’ akan berada dalam tempoh penyesuaian, dan kadar pelarasan itu akan seterusnya perlahan.

Indeks utama mungkin bangkit semula daripada keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat dan industri itu boleh pulih semula dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Laporan itu mendapati bahawa negara-negara pengimport ‘Kayu Merah Cina’ dari China yang penting juga telah digantikan sejak kebelakangan ini.

Pada masa lampau, Asia Tenggara telah menjadi pengimport penting. Tetapi dari Jun 2014, ia telah digantikan oleh Afrika.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pingxiang telah mengambil kesempatan dari lokasi geografi, dan industri ‘Kayu Merah Cina’ telah membangun dengan kadar yang pesat, menjadi satu daripada tiga industri tunggak bagi Pingxiang. – Bernama

Industri perabot ‘Kayu Merah Cina’ dikatakan akan boleh pulih semula beberapa tempoh akan datang.
Industri perabot ‘Kayu Merah Cina’ dikatakan akan boleh pulih semula beberapa tempoh akan datang.