Laporan korupsi FIFA perlu diterbitkan

Laporan korupsi FIFA perlu diterbitkan

LONDON, 28 Dis – Calon presiden FIFA Prince Ali bin al-Hussein telah menggesa laporan Michael Garcia dalam dakwaan rasuah ketika bidaan untuk Piala Dunia 2018 dan 2022 diterbitkan dengan serta merta, kata BBC semalam.

Bekas Pendakwa Amerika Syarikat Garcia meletak jawatan sebagai penyiasat etika bebas badan bola sepak dunia sebagai membantah cara laporannya dalam bidaan untuk kejohanan di Rusia dan Qatar dikendalikan.

“Orang perlu tahu apa yang telah berlaku di FIFA,” kata Prince Ali dari Jordan.

Garcia menghantar laporannya pada September 2014. FIFA mengeluarkan ringkasan setebal 42 muka surat membebaskan Rusia dan Qatar daripada rasuah, dan bukannya menerbitkan dokumen penuh. Masih tidak jelas bila laporan akan dikeluarkan.

Prince Ali sedang bertanding untuk mengganti Sepp Blatter sebagai presiden FIFA bersama Jerome Champagne, Gianni Infantino, Sheikh Salman bin Ebrahim al-Khalifa dan Tokyo Sexwale.

Pemilihan akan diadakan di Zurich pada 26 Februari. – Reuters

Prince Ali ketika hadir bagi menyertai persidangan sukan antarabangsa di Dubai baru-baru ini. – Reuters
Prince Ali ketika hadir bagi menyertai persidangan sukan antarabangsa di Dubai baru-baru ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA