Laporan meganews360 tidak benar

Laporan meganews360 tidak benar

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan orang ramai bahawa laporan yang didapati melalui laman sesawang online www.meganews360.com mengenai Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik adalah tidak benar.

Laman sesawang ini disyaki mempunyai unsur-unsur aktiviti penipuan dengan menyarankan para pengguna untuk memuat turun sesuatu aplikasi telefon serta menyiarkan iklan-iklan komersial yang tidak berasas.

Penerbitan artikel ini adalah juga bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai melayari laman sesawang tersebut bagi meningkatkan “traffic hits”.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihati untuk tidak turut menyebarluaskan sebarang perkara yang tidak berasas, yang mana perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka adalah menjadi kesalahan dan boleh didakwa di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

ARTIKEL YANG SAMA