Laporan muktamad MH17 Selasa ini

Laporan muktamad MH17 Selasa ini

THE HAGUE, 11 Okt – Para penyiasat antarabangsa pada Selasa ini akan mengeluarkan laporan muktamad berhubung penembakan jatuh Pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine, tetapi persoalan hangat tentang siapa yang dipersalahkan terus tidak dapat diselesaikan.

Lembaga Keselamatan Belanda (OVV), yang mengetuai pasukan penyiasat antarabangsa sejak Boeing 777 itu terhempas tahun lalu, akan mengeluarkan laporan pada jam 11:15 pagi di pangkalan angkatan tentera udara Gilze-Rijen di selatan Belanda.

Kesemua 298 orang di dalamnya dan kebanyakannya adalah warga Belanda termasuklah 15 orang anggota krew terbunuh apabila penerbangan rutin dari Amsterdam dan Kuala Lumpur ditembak jatuh, kemungkinan akibat peluru berpandu, ketika pertempuran sengit antara pasukan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Laporan pada Selasa selepas 15 bulan nahas yang berlaku pada 17 Julai tahun lalu akan menumpu kepada empat perkara, lembaga itu berkata dalam satu kenyataan.

“Punca nahas; isu terbang di ruang udara kuasa berkonflik, persoalan mengapa orang Belanda, anggota keluarga terpaksa menanti dua hingga empat hari sebelum menerima pengesahan dari pihak berkuasa Belanda insan-insan kesayangan mereka berada dalam penerbangan; dan akhir sekali, persoalan tentang setakat mana kesedaran para penumpang penerbangan MH17 tentang nahas itu.”

Gambar fail yang diambil pada 16 November 2014 menunjukkan penyiasat Belanda dan ahli-ahli dari Kementerian Kecemasan berada di tapak pesawat yang terhempas, berhampiran perkampungan Hrabove (Grabovo) di rantau Donetsk, timur Ukraine. – Reuters
Gambar fail yang diambil pada 16 November 2014 menunjukkan penyiasat Belanda dan ahli-ahli dari Kementerian Kecemasan berada di tapak pesawat yang terhempas, berhampiran perkampungan Hrabove (Grabovo) di rantau Donetsk, timur Ukraine. – Reuters

Kiev dan Barat bagaimanapun menuding jari ke arah pasukan pemisah, mendakwa mereka telah menggunakan peluru berpandu BUK, permukaan ke udara yang dibekalkan oleh Rusia untuk meletupkan kapal terbang itu.

Serpihan BUK buatan Rusia ditemui di tapak nahas awal tahun ini, tetapi Moscow menafikan terlibat sebaliknya menuduh ketenteraan Ukraine di sebalik tragedi ini.

Penembakan jatuh MH17 seterusnya menjejaskan hubungan antara Rusia dan Barat, yang sudah pun merosot sejak Perang Dingin disebabkan konflik di Ukraine timur. – AFP