Laporan tembakan hanya bunyi bising

Laporan tembakan hanya bunyi bising

CHARLOTTE, 6 Sept – Polis berkata, laporan tembakan dilepaskan dalam sebuah kompleks beli belah di Carolina Utara sebenarnya cuma bunyi bising di luar bangunan itu.

Polis Charlotte-Mecklenburg, dalam siaran akhbar berkata pegawai dihubungi supaya ke Kompleks Beli Belah Northlake pada jam 3:15 petang waktu tempatan kelmarin, tetapi tidak menemui mangsa atau suspek.

Polis berkata, mereka perlu memastikan jika tembakan dilepaskan berlaku di luar kompleks itu dan membenarkan kedai terus beroperasi. Mereka akan meningkatkan rondaan di kawasan itu.

Pasukan perubatan Charlotte Medic, dalam siaran akhbar berkata tiada siapa cedera dalam kes itu.

Menjelang Krismas lalu, seorang pengunjung pusat berkenaan ditembak mati oleh anggota polis di luar waktu bertugas selepas bergaduh dan mengacukan pistol ke arah pegawai berkenaan. Pendakwa memutuskan tembakan itu sesuatu yang wajar. – AP