Laporte lengkap rombakan City

LONDON, 12 Feb – Pembelian rekod bernilai 57 juta pound bagi pertahanan Perancis, Aymeric Laporte telah menjadikan perbelanjaan Manchester City telah melebihi bajet mana-mana negara bagi barisan pertahanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun pemain Perancis itu mungkin menjadi pelengkap daripada rombakan bernilai lebih 200 juta pound bagi memberikan asas yang kukuh dalam kembara City meraih empat kejuaraan.

Skuad Pep Guardiola bakal menghadapi empat perlawanan daripada empat persaingan berbeza bermula Rabu ini dalam aksi Liga Juara-Juara bagi pusingan 16 terakhir pertama di Basel.

Pertembungan pusingan kelima Piala FA di Wigan, diikuti dengan Arsenal dalam final Piala Liga kemudian bertemu Gunners lagi dalam Liga Perdana.

Bagaimanapun, ia adalah kerana pentas Liga Juara-Juara Guardiola dibawa masuk oleh pemilik City, Abu-Dhabi dan diberikan sumber besar untuk menyediakan barisan pemain yang kuat.

“Saya selalu impikan perkara besar dan salah satunya adalah Liga Juara-Juara,” kata Laporte, yang tiba dari Athletic Bilbao bulan lepas. “Itu adalah objektif nombor satu.”

Ketibaan Virgil Van Dijk bernilai 75 juta pound di Liverpool bermakna Laporte menjadi pertahanan kedua termahal.

Namun City memiliki empat daripada enam pemain dalam kategori itu, iaitu Benjamin Mendy, Kyle Walker dan John Stones, yang mana jumlah keseluruhannya 150 juta pound dalam tempoh 18 bulan kebelakangan ini.

Persembahan penjaga gol Ederson setanding dengan nilai mendapatkannya, 35 juta pound, dari Benfica pada musim panas, sementara Danilo memainkan peranan sebagai pengganti bek pertahanan meskipun City memerlukan 27 juta pound untuk mendapatkannya dari Real Madrid.

Oleh itu ia agak mengejutkan untuk Guardiola membuat aduan bahawa dia ‘tidak mempunyai pemain’ untuk mengisi bangku simpanannya dalam perlawanan seri 1-1 di Burnley baru-baru ini. – AFP