Larang kegiatan selepas 11 malam

Larang kegiatan selepas 11 malam

BANDA ACEH, Indonesia, 10 Jun (AFP) – Penduduk perempuan di Banda Aceh, Indonesia telah ditegah daripada memasuki tempat-tempat hiburan seperti kedai-kedai kopi dan kemudahan sukan selepas jam 11:00 malam, Datuk Bandar memberitahu kelmarin.

Ini merupakan peraturan terbaru di wilayah Islam Aceh tersebut. Aceh merupakan di antara wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam dan kesalahan homoseksual, perjudian dan meminum minuman keras akan dihukum sebat.