Larangan Blatter, Platini dikurangkan

Larangan Blatter, Platini dikurangkan

ZURICH, 25 Feb (AFP) – Jawatankuasa rayuan FIFA semalam mengurangkan penggantungan ke atas Sepp Blatter dan Michel Platini kepada enam tahun tetapi mengekalkan mereka masih bersalah melanggar etika.

Keputusan rayuan itu diumumkan ketika Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino dan Ketua Bola Sepak Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim al Khalifa meningkatkan permusuhan mereka dalam kempen untuk mengambil alih sebagai ketua badan induk bola sepak dunia yang tercemar dengan skandal dalam undian esok.

Penggantungan ke atas Blatter, presiden FIFA selama 17 tahun dan presiden UEFA, Platini dikurangkan daripada lapan tahun kepada enam tahun oleh jawatankuasa rayuan.Keduanya didapati bersalah dengan konflik kepentingan apabila Blatter meluluskan pembayaran AS$2 juta kepada Platini pada 2011 kerana tugasan yang dilakukan tanpa kontrak sedekad sebelumnya.

Legenda bola sepak Perancis, Platini adalah pilihan untuk mengambil alih dari Blatter tetapi penggantungan itu menjejaskan harapannya.

Larangan Blatter (kiri) dan Platini dikurangkan tetapi masing-masing dikekalkan bersalah melanggar etika FIFA. – AFP
Larangan Blatter (kiri) dan Platini dikurangkan tetapi masing-masing dikekalkan bersalah melanggar etika FIFA. – AFP

Dia dan Blatter berkata mereka akan membawa kes mereka ke Mahkamah Penimbang Tara bagi Sukan (CAS) dalam usaha untuk menterbalikkan penggantungan mereka.Badan rayuan FIFA berkata tribunal etika tidak mengambil kira ‘sebahagian faktor mitigasi yang kuat’ apabila menjatuhkan hukuman lapan tahun.

Blatter dan Platini sekali lagi dibayangi usaha baru FIFA untuk menukar keadaan dalam skandal lalu dengan pilihan raya esok.

Polis menyerbu kongres FIFA lewat Mei lalu hanya sebelum Blatter dilantik bagi penggal kelima. Dia mengumumkan akan meletak jawatan empat hari kemudian.Sekarang 39 pegawai bola sepak dan eksekutif menghadapi dakwaan rasuah di AS berhubung bayaran lebih daripada AS$200 juta bagi persetujuan bola sepak.

ARTIKEL YANG SAMA