Larangan dron diterbangkan pada 4 Julai

Larangan dron diterbangkan pada 4 Julai

WASHINGTON, 1 Julai (AFP) – Pesawat tanpa pemandu (Dron) tidak boleh diterbangkan di ruang udara Washington di bawah langkah keselamatan pada musim cuti Hari Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Penerbangan udara memberitahu kelmarin.

Berikutan serangan pengganas di Perancis, Tunisia dan Kuwait, pihak berkuasa mengeluarkan satu amaran menjelang hujung minggu ini yang selalunya menarik ribuan orang ke ibu negara AS untuk melihat persembahan bunga api dan berkelah.

“Kami bekerja sepanjang masa seperti kebiasaannya untuk bekerja dengan rakan penguatkuasaaan undang-undang untuk sentiasa menjaga keselamatan AS di waktu cuti tersebut,” jurucakap FBI memberitahu AFP.

Pihak FAA mengingkatkan warga Amerika bahawa kawasan metropolitan Washington adalah “bukan zon dron.”

Dron dilarang digunakan di ruang udara Washington pada 4 Julai.
Dron dilarang digunakan di ruang udara Washington pada 4 Julai.

“Kawasan udara sekitar Washington DC adalah lebih dihadkan berbanding tempat-tempat lain di negara ini. Peraturan dilaksanakan setelah serangan 9/11 menubuhkan ‘ruang udara pertahanan negara “di kawasan itu,” katanya.

Setiausaha keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson telah menggesa warga Amerika untuk berjaga-jaga.

“Terutamanya menjelang cuti 4 Julai, di sini di AS Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan FBI terus berkomunikasi dengan penguat kuasa undang-undang negara tentang apa yang kami tahu dan lihat,” katanya minggu lepas.

“Kami menggalakkan kesemua penguat kuasa undang-undang untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga. Kami juga akan menyelaraskan langkah-langkah keselamatan, yang terlihat dan tersembunyi, sebagai keperluan untuk melindungi warga AS.”