Larangan FIFA tidak jejas Real Madrid

Larangan FIFA tidak jejas Real Madrid

MADRID, 17 Jan – Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane berpuas hati dengan kelabnya dan kelab tersebut tidak membincangkan sebarang khidmat bantuan walaupun FIFA membuat keputusan untuk mengharamkan mereka bagi dua jendela pertukaran pemain akan datang, dia berkata kelmarin.

FIFA mengumumkan baru-baru ini bahawa ia telah mengharamkan Real dan jiran Atletico Madrid dari mendaftarkan pemain-pemain bagi dua jendela pertukaran pemain akan datang kerana melanggar syarat menandatangani pemain bukan warga Sepanyol bawah 21 tahun. Kedua-dua kelab menafikan sebarang salah laku dan berkata mereka akan membuat rayuan.

Senarai pemain termasuk sekurang-kurang seorang daripada empat anak lelaki Zidane, yang bermain dengan beberapa pasukan muda Real, walaupun pihak kelab belum mengesahkan siapa di antaranya yang diasingkan oleh FIFA.

Sekatan itu bermakna kelab tersebut tidak akan berupaya untuk mendaftarkan pemain baru sehingga Julai 2017 sebaik sahaja jendela pertukaran pemain sekarang ditutup pada akhir bulan ini.

Zidane ketika dalam satu sidang media menjelang perlawanan menentang Sporting Gijon. - Reuters
Zidane ketika dalam satu sidang media menjelang perlawanan menentang Sporting Gijon. – Reuters

Mereka mungkin boleh terlepas dari larangan itu bergantung dengan keputusan rayuan mereka seperti apa yang Barcelona lakukan apabila mereka diberikan hukuman seumpama pada 2014.

“Buat masa sekarang kami belum berbincang dengan kelab mengenai khidmat bantuan pemain,” Zidane memberitahu dalam satu sidang media menjelang perlawanan menentang Sporting Gijon di tempat sendiri hari ini.

“Saya berpuas hati dengan kelab ini,” tambah bekas pemain Real itu, yang mengambil alih kelab tersebut selepas Rafa Benitez dipecat.

Zidane berkata ia adalah “mustahil” salah seorang anaknya telah diasingkan dalam penyiasatan FIFA dan dia sangat yakin situasi akan berpihak kepada Real dalam masa terdekat.

“Ia menyakitkan hati saya apabila anak saya diperkatakan kerana ia mustahil,” dia memberitahu para pemberita. “Ia tidak masuk akal dan saya tidak boleh mengatakan lebih dari itu.”

Real sekarang di kedudukan ketiga dalam saingan La Liga di separuh kempen liga itu, dua mata di belakang Barca di tempat kedua, yang bermain kurang satu perlawanan, dan empat mata di belakang pendahulu Atletico.

Zidane menambah pemain pertahanan Real Sergio Ramos tidak akan bermain apabila menentang Gijon disebabkan kecederaan tapi meramalkan dia akan kembali beraksi dalam satu minggu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA