Larangan komp...

Larangan komputer riba dalam pesawat dibincangkan

BRUSSELS, 17 Mei – Pegawai AS dan Eropah hari ini akan membincang rancangan untuk memperluaskan pengharaman AS ke atas komputer riba dan tablet dalam kapal terbang untuk memasukkan kapal terbang dari Eropah.

Tindakan itu akan mewujudkan kekacauan logistik ke atas koridor perjalanan udara paling sibuk di dunia, sejumlah 65 juta orang berkunjung setahun di antara Eropah dan Amerika Utara dengan lebih 400 penerbangan sehari, kebanyakan mereka pengunjung perniagaan yang bergantung pada peranti elektronik mereka untuk bekerja ketika dalam penerbangan.

Pengharaman tersebut adalah lebih kecil dari segi saiz berbanding sekarang, yang diperkenalkan pada Mac dan menjejas kira-kira 50 penerbangan sehari dari 10 buah bandar, kebanyakannya di Timur Tengah.

Syarikat penerbangan berkata ia hanya menunggu masa sebelum pengharaman dikuatkuasakan, bamun prospek berkenaan telah membimbangkan pegawai di Kesatuan Eropah, yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai sebarang ancaman baru dan gangguan yang timbul akibat tindakan tersebut.

Juga timbulnya persoalan tentang keselamatan dalam kawasan kargo di mana sejumlah besar peranti elektronik bersama bateri litium disimpan, yang sudah diketahui umum mudah terbakar.

Rundingan baru sedang dijalankan bagi pengharaman komputer riba untuk dibawa di dalam pesawat. – AFP
Rundingan baru sedang dijalankan bagi pengharaman komputer riba untuk dibawa di dalam pesawat. – AFP

Pakar berkata sebutir bom dalam kabin adalah lebih senang dikawal dan kurang kuasa letupan berbanding di kargo. Bagasi dalam kargo biasanya melalui proses pemeriksaan yang lebih canggih berbanding beg yang dibawa masuk ke dalam kabin.

Pakar berkata pengharaman asal menumpu pada negara tertentu disebabkan peralatan mereka untuk memeriksa beg yang dibawa masuk ke dalam kabin tidak efektif seperti mesin di AS.

Pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negara AS bertemu dengan pegawai kanan daripada tiga syarikat penerbangan terkenal di AS pada minggu lalu, A merican, Delta dan United, dan kumpulan perniagaan terkenal dalam industri AS untuk membincang isu mengembang dasar komputer riba kepada penerbangan yang tiba dari Eropah.

Syarikat penerbangan masih menaruh harapan untuk mencapai kata pemutus dalam cara-cara dasar dapat dikuatkuasakan di lapangan terbang untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. Pengharaman awal ke atas penumpang yang membawa peranti elektronik besar ke dalam kabin menjejas paling teruk syarikat penerbangan Timur Tengah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA