Larian Alumni CHMS 25 Sept ini

Larian Alumni CHMS 25 Sept ini

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan pada masa yang sama untuk beramal, Persatuan Alumni Chung Hwa Middle School (CHMS) akan mengadakan Larian Amal Persatuan Alumni CHMS pada 25 September ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Larian amal tersebut akan diadakan seawal jam 6 pagi itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 3km, 5.5km dan 10.5km. Hasil kutipan amal pula akan disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik untuk memastikan kesejahteraan mereka dan memastikan masyarakat negara ini prihatin terhadap nasib mereka.

Pengumuman mengenai larian itu diadakan di Fitness Zone Kiulap dengan kerjasama selebriti terkenal negara, Wu Chun yang juga ahli Alumni CHMS.

Wu Chun bersama alumni CHMS yang lain ketika sidang akhbar Larian Amal Persatuan Alumni CHMS di Fitness Zone.
Wu Chun bersama alumni CHMS yang lain ketika sidang akhbar Larian Amal Persatuan Alumni CHMS di Fitness Zone.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wu Chun dan Fitness Zone kerana telah menerima tawaran kami menjadi kelab kesihatan rasmi acara ini, dan menyokong kami serta membimbing ahli-ahli kami menjalani gaya hidup yang sihat,” menurut ahli jawatankuasa tertinggi persatuan itu.

Manakala Wu Chun turut melahirkan kegembiraan beliau kerana dapat menyokong dan mempromosikan gaya hidup sihat dan berbangga menjadi alumni CHMS. Ini kerana CHMS membentuknya menjadi seorang atlet dan menyedarkannya akan kepentingan bersukan semasa zaman remajanya.

“Ini bukan sahaja satu acara yang amat bermakna buat alumni CHMS, malahan ia juga medan berkumpul dengan tujuan yang baik,” jelas Wu Chun lagi.

ARTIKEL YANG SAMA