Larian Amal CHMS terima tajaan

Larian Amal CHMS terima tajaan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Kingston Beverage & Creamery selaku salah sebuah syarikat penaja Larian Amal Persatuan Alumni Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS) 2016 telah menawarkan minuman Red Bull dan minuman yogurt Yeo’s selaku minuman rasmi bagi larian 3km dan 2km.

Sehubungan itu, penyampaian tajaan berkenaan telah diadakan pagi tadi di Ibu Pejabat Persatuan Alumni CHMS, Gadong yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery, Malcom Lim Peh Beng kepada Pengerusi Persatuan Alumni CHMS, Tan Guan Siong.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery, Valentine Hon; Pengurus Pemasaran dan Jualan, Kevin Robin Jon serta ahli-ahli jawatankuasa larian itu.

Tan Guan Siong dalam ucapannya melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sokongan yang telah diberikan oleh Syarikat Kingston Beverage & Creamery dalam sama-sama menjayakan larian amal ini, di samping memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya khususnya kanak-kanak istimewa di negara ini.

Beliau menjelaskan lagi, para peserta yang menyertai larian 3km itu nanti bolehlah menikmati minuman Red Bull yang menyegarkan, manakala minuman yogurt Yeo’s pula dikhaskan bagi kanak-kanak istimewa yang menyertai larian 2km.

Malcom Lim Peh Beng menyampaikan tajaan berkenaan kepada Tan Guan Siong di Ibu Pejabat Persatuan Alumni CHMS, Gadong.
Malcom Lim Peh Beng menyampaikan tajaan berkenaan kepada Tan Guan Siong di Ibu Pejabat Persatuan Alumni CHMS, Gadong.

Setakat ini, Larian Amal Alumni CHMS 2016 telah disertai hampir 1,000 orang peserta dan pendaftaran bagi larian berkenaan telah pun dilanjutkan sehingga 8 September ini bagi memberikan peluang kepada lebih banyak penyertaan.

Orang ramai yang berminat menyertai larian itu boleh mendapatkan borang-borang penyertaan dan mengembalikannya kepada Persatuan Alumni CHMS, Gadong; Pejabat Pentadbiran, CHMS Bandar Seri Begawan; Ibu Pejabat Aewon Kiarong; Pejabat Aewon Seria; Pejabat Cityneon Brunei, Beribi; Pusat Ehsan, Kampung Bengkurong; Pejabat SMARTER Brunei, Kampung Perpindahan Mata-Mata; dan Pejabat Persatuan KACA, Kiulap.

Menurut beliau lagi, sebahagian daripada hasil kutipan larian amal ini akan disumbangkan kepada tiga buah persatuan bukan kerajaan iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah

Maryam, Pusat Persatuan KACA, dan Persatuan SMARTER Brunei serta dana Pendidikan CHMS dan Sekolah Chung Hwa.

Larian Amal CHMS ini akan diadakan pada 25 September 2016, dan akan berlangsung di Stadium Negara Haji Hassanal Bolkiah, Berakas.