Larian Amal Daerah Belait ditunda tahun depan

Larian Amal Daerah Belait ditunda tahun depan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 13 Nov – Jabatan Daerah Belait memaklumkan kepada para peserta yang telah menghantar dan mengembalikan borang Larian Amal Daerah Belait 2015, bahawa larian tersebut ditunda kepada 24 Januari 2016 depan.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menyertai larian tersebut terus dibuka sehingga 5 Januari 2016 dan tempat pendaftaran adalah di Bahagian Perhubungan Awam dan Penyelidikan, Tingkat 2 Jabatan Daerah Belait dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, manakala di sebelah petang dari pukul 2:00 hingga 4:00 petang pada hari-hari bekerja.

Pendaftaran juga boleh dibuat di Bangunan KBSentral, Jalan Seri Maharaja Kuala Belait setiap hari bermula 23 November ini pada pukul 9:00 pagi hingga 3:30 petang.

Berikutan itu, tarikh pengambilan pakaian larian pula kini diubah kepada 18 hingga 21 Januari 2016 di Tingkat Bawah, Jabatan Daerah Belait.

Bagi keterangan lanjut pengambilan borang bolehlah berhubung terus dengan Bahagian Perhubungan Awam dan Penyelidikan, Tingkat 2 Jabatan Daerah Belait di talian 3334335/6/7/8 sambungan 117/118 atau mengunjungi petak pendaftaran Larian Amal di Bangunan KBSentral dan juga melayari laman Facebook Jabatan Daerah Belait www.facebook.com/jdbkhedn.

ARTIKEL YANG SAMA