Larian amal MKM 2016, 31 Julai ini

Larian amal MKM 2016, 31 Julai ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Brunei akan menganjurkan larian amal MKM 2016 yang akan diadakan pada 31 Julai jam 7 pagi, bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Larian amal kali pertama yang bertemakan ‘Berpeluh untuk Amal’ itu dibahagikan kepada tiga kategori, kategori pertama akan meliputi sejauh lima kilometer untuk peserta lelaki; 2.5 kilometer untuk peserta wanita (kategori kedua) dan juga sejauh 2.5 kilometer untuk peserta pakaian beragam (kategori ketiga).

Borang penyertaan boleh didapati di petak MKM di pintu masuk utama stadium, tingkat bawah Times Square dan Pejabat MKM di Blok C, Unit 23, Tingkat bawah Kompleks Melabau Serusop.

Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak $35 di mana pendaftaran akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Ahad. Pihak penganjur akan menawarkan hadiah menarik untuk pemenang di mana setiap peserta juga akan diberi kemeja-t, tuala muka, pingat dan sijil penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Julai pada jam 4 petang, dan untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut, boleh meng-hubungi talian hotline MKM 7146680 atau talian 8186848.

ARTIKEL YANG SAMA