Larian Amal WBC

Larian Amal WBC

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Kira-kira 700 orang akan menyertai Larian Amal Majlis Perniagaan Wanita (WBC) Brunei Darussalam, dalam pelbagai kategori termasuk orang-orang berkeperluan khas, yang akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 1 November ini bermula jam 6:15 pagi.

Sehubungan itu, pihak penganjur dalam kenyataannya di sini, mengingatkan orang ramai yang telah mendaftar supaya mengambil kit larian mereka yang akan mula diagihkan pada 30 Oktober ini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 9 malam, manakala itu, pada 31 Oktober pengagihan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Para peserta juga dinasihati untuk membawa resit-resit pembayaran ketika mengambil kit tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA