Larian Fire Fighters kutip $28,888

Larian Fire Fighters kutip $28,888

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Sempena menghargai kerja keras dan jasa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjuang memadam kebakaran dan melindungi harta benda orang ramai, Larian Fire Fighters for the Hero 2016 diadakan hari ini bermula dan berakhir di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Lebih 2,000 orang peserta terdiri daripada rakyat negara ini dan negara jiran hari ini menyertai larian ini yang dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, yang turut menyempurnakan pelepasan larian Kategori 10 kilometer lelaki dan perempuan.

Muncul juara Kategori 10 kilometer lelaki ialah Awang Sefli anak Ahar, tempat kedua dimenangi Awang Samsul Zamri dan tempat ketiga pula ialah Awang Boi Zhma.

Manakala Kategori 10 kilometer perempuan dimenangi oleh Dayang Yvette, kedua Dayang Vanessa dan tempat ketiga, Dayang Jenny Tan. Pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai $300, $200 dan $100 bagi kedua-dua kategori.

Larian itu juga berjaya mengumpulkan sejumlah $28,888 yang akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di sini.

Sebanyak $28,888 berhasil dikutip daripada larian berkenaan yang akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan bukan kerajaan. 
Sebanyak $28,888 berhasil dikutip daripada larian berkenaan yang akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan bukan kerajaan. 

Selain menghargai jasa ahli bomba dan penyelamat, ia juga bagi menghargai keberanian ahli bomba menggadai nyawa demi kepentingan dan keselesaan penduduk negara ini.

Ia juga bagi menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan, selain memupuk perpaduan dan persefahaman rakyat.

 

ARTIKEL YANG SAMA