Larian Hari Keputeraan

Larian Hari Keputeraan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan menganjurkan Larian Hari Keputeraan 2015 pada 30 Ogos nanti secara serentak di keempat-empat daerah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69.

Kategori yang disediakan ialah Lelaki Terbuka 18 Tahun Ke Atas (lahir pada 1997 ke bawah) dengan jarak 10km, Kategori Wanita Terbuka 18 Tahun Ke Atas (lahir pada 1997 ke bawah) juga dengan jarak 10km dan Kategori Remaja Lelaki 17 Tahun Ke Bawah (lahir pada 1998 ke atas).

Kategori lain yang dipertandingkan ialah Remaja Perempuan 17 Tahun Ke Bawah (lahir pada 1998 ke bawah), Kategori Orang Berkeperluan Khas (OBK Penglihatan, OBK Anggota (kerusi roda) dan OBK Hearing and Intellectual Disability) dengan jarak 3km dan Kategori Fun Run (penyertaan umum tanpa had umur) sejauh 3km.

Hadiah-hadiah Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka 18 Tahun Ke Atas di semua daerah untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing $1,000, $800 dan $600 dengan pingat dan sijil penyertaan.

Reka bentuk baju-T untuk Larian Hari Keputeraan 2015
Reka bentuk baju-T untuk Larian Hari Keputeraan 2015
Peta laluan untuk larian 3km, 5km dan 10km di Daerah Belait.
Peta laluan untuk larian 3km, 5km dan 10km di Daerah Belait.
Peta laluan untuk larian 3km di Daerah Tutong.
Peta laluan untuk larian 3km di Daerah Tutong.
Peta laluan untuk larian 5km di Daerah Tutong.
Peta laluan untuk larian 5km di Daerah Tutong.
Peta laluan untuk larian 10km di Daerah Tutong.
Peta laluan untuk larian 10km di Daerah Tutong.

Untuk Kategori Remaja Lelaki dan Perempuan 17 Tahun Ke Bawah, pemenang akan menerima $500 bagi tempat pertama, $300 bagi tempat kedua dan $200 bagi tempat ketiga dengan pingat dan sijil penyertaan.

Kategori Orang Berkeperluan Khas masing-masing akan menerima $300 bagi tempat pertama, $200 tempat kedua dan $100 bagi tempat ketiga dengan pingat dan sijil penyertaan.

Acara itu dibuka kepada semua rakyat dan penduduk tetap warganegara asing yang memegang kad pintar berwarna ungu dan hijau yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

Peserta bawah 17 tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga mereka dan yuran penyertaan adalah $15 seorang.

Pendaftaran untuk acara yang akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Kompleks Sukan Mumong, Kompleks Sukan Tutong dan Kompleks Sukan Temburong secara serentak itu akan dibuka dari 22 Julai hingga 13 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 3.30 petang.

Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web www.belia-sukan.gov.bn dan juga boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan cawangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Pengambilan baju-T dan nombor bib bagi larian akan diadakan dari 27 hingga 29 Ogos, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan cawangan Jabatan Belia dan Sukan di keempat-empat daerah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Larian Hari Keputeraan 2015, Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan di talian 2381903/4/5 sambungan 1616/1626/1632.

ARTIKEL YANG SAMA