Larian Keluarga Ria September ini

Larian Keluarga Ria September ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Larian Keluarga Ria dan Jualan Bazar Kelab Perkhidmatan Awam akan diadakan pada 5 hingga 6 September ini sempena Jubli Perak Ulang Tahun Kelab Perkhidmatan Awam, bertempat di Kompleks Sukan Kelab Perkhidmatan Awam di Kampung Mentiri.

Menurut kenyataan penganjur, Larian Ria akan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Larian 2 dalam 1 Keluarga Ria dan Larian Ria 5 kilometer.

Penyertaan bagi Larian Keluarga Ria masih terbuka dan orang ramai boleh mendapatkan borang pendaftaran di kaunter penerimaan Kelab Perkhidmatan Awam di Kampung Mentiri.

Yuran penyertaan adalah $20 bagi setiap peserta.

Di samping itu, orang ramai juga akan dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertunjukan reptilia, pertunjukan kucing, rumah hantu dan bouncer. – A.Shazy

ARTIKEL YANG SAMA