Larian merdeka meriah

Larian merdeka meriah

KUNAK, 1 Sept – Sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Airport Batu 10 dekat sini, dimeriahkan dengan penganjuran program Larian Merdeka, yang disertai kira-kira 200 penduduk setempat, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga (JRT) kampung itu Lahmuddin Lawati, 65, berkata program yang pertama kali diadakan ini telah melepasi sasaran yang dijangkakan dan mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan belia dan kanak-kanak.

Katanya program sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 itu bertujuan memupuk semangat persaudaran dalam kalangan penduduk kampung umumnya dan khususnya bagi anggota JRT sendiri.

“Bagi saya kemerdekaan adalah anugerah Allah kepada negara untuk sama-sama kita sedaya upaya kekalkan dan pertahankan bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Airport Batu 10 dimeriahkan dengan penganjuran Larian Merdeka yang disertai 211 penduduk setempat semalam. – Bernama
Sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Airport Batu 10 dimeriahkan dengan penganjuran Larian Merdeka yang disertai 211 penduduk setempat semalam. – Bernama

“Larian Merdeka ini akan dijadikan sebagai acara tahunan Jawatankuasa Rukun Tetangga sebagai tanda kita menzahirkan rasa cinta kepada tanah air,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata melalui program itusecara langsung pendedahan dan pengetahuan diberi kepada penduduk dalam memperingati Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Menurutnya JRT telah membelanjakan hampir RM2,000 bagi menghias kawasan kampung dengan Jalur Gemilang dan bendera Sabah serta menganjurkan program Larian Merdeka itu. – Bernama