Larian Wanita 17 April ini

Larian Wanita 17 April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Sebagai salah satu projeknya sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2016, Persatuan Siswazah Wanita (PSW) akan menganjurkan Larian Wanita 2016 pada 17 April ini.

Larian yang akan bermula dan berakhir di The Colannade Jerudong Park itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori 10KM, 5KM dan 3KM.

Dijangka hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu nanti ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

PSW dalam kenyataannya menjelaskan, larian ini bertujuan untuk menyatukan semua persatuan wanita khasnya dan wanita-wanita lain umumnya dalam satu kegiatan beriadah serta memupuk semangat untuk terus berjaya dalam iklim pembangunan negara.

Di samping itu, ia diadakan untuk menambah tabung kewangan PSW bagi mengadakan beberapa acara ‘ilmiah dan membiayai program-program kebajikan PSW seperti membantu kanak-kanak susah dan keluarga berkeperluan.

Bagi larian itu nanti, pihak penganjur akan menyediakan pelbagai hadiah menarik dan hadiah-hadiah saguhati bukan sahaja untuk para pemenang, tetapi juga untuk cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA