Laser temui rahsia tersembunyi di bandar purba Kemboja

Laser temui rahsia tersembunyi di bandar purba Kemboja

PHNOM PENH, 12 Jun (AFP) – Butiran baru yang tidak pernah berlaku sebelum ini tentang bandar-bandar Zaman Pertengahan yang tersembunyi di bawah hutan di Kemboja berhampiran Angkor Wat telah didedahkan dengan menggunakan laser, menurut para ahli kaji purba hari ini, yang mendedahkan penjelasan baru tentang tamadun di sebalik kompleks keagamaan terbesar di dunia.

Sementara penyelidikan berterusan selama beberapa tahun, penemuan baru telah mendedahkan skala betul tentang kompleks-kompleks kuil dan bandar-bandar Empayar Khmer yang berselarak, yang lebih besar dari yang sebelumnya disangka.

Penyelidikan itu, yang dilukis pada laser udara yang mengimbas teknologi dikenali sebagai lidar, akan didedahkan penuh di Royal Georgraphic Society di London esok oleh seorang ahli kaji purba dari Australia, Damian Evans.

“Kita selalu membayangkan bahawa bandar-bandar hebat dikelilingi oleh monumen kepurbaan,” Evans memberitahu AFP.

“Tetapi kini kita melihatnya dengan ketepatan dan butiran yang sukar dipercayai, di beberapa buah tempat buat pertama kalinya, tetapi di kebanyakan tempat yang mana kita telah pun mendapat idea samar bahawa bandar-bandar itu mesti berada di sana,” tambahnya.

Angkor Wat, tapak Warisan Dunia UNESCO yang dilihat sebagai antara yang paling penting di Asia Tenggara, dianggap salah satu keajaiban lama dunia.

Ia dibina dari awal hingga pertengahan 1100-an oleh Raja Suryavarman II pada kemuncak kuasa ketenteraan dan politik Khmer dan adalah antara bandar-bandar pra industri terbesar di dunia. Namun para ilmuan telah lama percaya di sana terdapat lebih kepada empayar dari hanya kompleks Angkor.

Data baru dibina pada imbasan yang dibuat pada tahun 2012 yang mengesahkan kewujudan Mahendraparvata, bandar kuil lama berhampiran Angkor Wat.

Tetapi hanya apabila hasil daripada tinjauan lebih besar pada tahun 2015 dianalisis, skala besar penempatan baru menjadi jelas.

Untuk membentuk peta, para ahli kaji purba memasang laser khas pada bawah sebuah helikopter yang mengimbas kawasan dan dapat melihat melalui halangan seperti pokok dan tumbuhan.

Kebanyakan bandar yang dikelilingi oleh kuil-kuil batu masyhur Empayar Khmer, jelas Evans, dibina dari kayu dan atap yang telah lama reput.

“Lidar tiba-tiba mendedahkan keseluruhan skap bandar di sana dengan kerumitan yang menghairankan,” ujarnya.

“Sebenarnya kita berjalan dan terbang betul-betul di atasnya selama sepuluh tahun dan malah tidak menyedarinya kerana ditutupi tumbuhan.”

ARTIKEL YANG SAMA