Latifah Wanita Berani Antarabangsa

Latifah Wanita Berani Antarabangsa

WASHINGTON, 30 Mac (AFP) – Selepas anak lelaki kesayangannya, iaitu seorang tentera Perancis dibunuh oleh lelaki bersenjata Islam, Latifa Ibn Ziaten, telah membentuk sebuah kumpulan mengembangkan dialog untuk mencegah fahaman radikalan.

“Tidak ada lagi Merah,” dia mengumumkan, selepas penjenayah kecil bermasalah Mohamed Merah menjadi pejuang jihad yang membunuh anak lelakinya.

Tetapi sejak hari itu pada 2012, serangan pelampau di Eropah tidak banyak meningkat, dan Ibn Ziaten mengakui banyak lagi kerja harus dilakukannya, dan enggan ‘menyerah kepada ketakutan.”

Semalam, kerajaan AS meletakkan dirinya sebagai salah seorang ‘daripada 14 Wanita Berani Antarabangsa’ dan telah menjemputnya untuk menerangkan mesej anti radikal di bandar-bandar Amerika.

“Jika kita takut, kami tidak akan membuat kemajuan dan itu yang diinginkan oleh para pengganas. Jika kita menyerah diri kepada ketakutan, merekalah yang meraih kekuatan,” dia memberitahu AFP selepas majlis itu.

Latifa (tengah) mengesat air matanya semasa majlis penyampaian anugerah di Washington, kelmarin. – AFP
Latifa (tengah) mengesat air matanya semasa majlis penyampaian anugerah di Washington, kelmarin. – AFP

Perancis dilanda dua serangan berdarah pejuang jihad tahun lalu, dan negara jiran, Belgium dilanda serangan minggu lalu, tetapi Ibn Ziaten tidak meninggalkan mesej dialog dan belas kasihan.

“Kita perlu membuka projek perumahan, ghetto. Kita perlu meningkatkan kepelbagaian di sekolah, kesamaan peluang,” jelasnya.

“Kita perlu mendengarkan apa kata anak-anak muda yang apabila mereka berkata ‘republik telah melupakan kami,” katanya. “Di situlah terletaknya kesusahan.”

Pada 11 Mac, anak lelaki Ibn Ziaten, Imad ada temu janji untuk melihat skuter yang diiklankan oleh Merah.

Pelampau muda itu mengeluarkan senapang, tetapi Imad, seorang sarjan dalam Rejimen Payung Terjun pertama Perancis enggan berbaring atas lantai. Dia telah ditembak mati pada jarak dekat. Imad adalah mangsa pertama Merah, tetapi bukan terakhir.