Latih belia tangani padam kebakaran

Latih belia tangani padam kebakaran

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Seramai 100 orang terdiri daripada kumpulan Belia Masjid Zon 3 A dan B Daerah Brunei dan Muara serta pelajar-pelajar sekolah telah mengikuti taklimat memadamkan kebakaran yang diadakan di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri, petang tadi.

Taklimat anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama belia di samping mendidik dan melatih belia agar dapat memahami cara-cara memadamkan kebakaran.

Hadir menyampaikan taklimat ialah wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Balai Awangku Mohd Ali Rahman bin Pengiran Haji Salleh.

Juga hadir pada sesi taklimat  itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Jamil bin Haji Abdul Ghani dan Pegawai Hal Ehwal Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Haji Zakaria selaku pengerusi majlis.

Belia-belia Masjid dan pelajar-pelajar sekolah ditunjuk ajar bagaimana memadam api dengan betul.
Belia-belia Masjid dan pelajar-pelajar sekolah ditunjuk ajar bagaimana memadam api dengan betul.

ARTIKEL YANG SAMA