Latih jawab soalan SSSRU

Latih jawab soalan SSSRU

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Peraduan Kuiz Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI Peringkat Akhir bagi murid-murid sekolah ugama kawasan Brunei 1 yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, di sini, kelmarin.

Hadir selaku tetamu khas ialah Ketua Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Sinega binti Haji Swadi, yang seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta-peserta yang mengikuti peraduan kuiz tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Hajah Noorsiah binti Haji Mohd Noor dan Pembantu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Awang Osman bin Haji Ismail serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam dan guru-guru serta murid-murid yang mengikuti kuiz dari peringkat awal.

Antara matlamat dan tujuan peraduan tersebut diadakan ialah untuk memberi peluang kepada guru-guru untuk berusaha mengulang kaji bersama murid-murid mereka bagi meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjawab soalan-soalan kuiz semasa peraduan dijalankan sekali gus melatih cara-cara menjawab soalan-soalan peperiksaan SSSRU nanti.

Tetamu khas menyaksikan peraduan tersebut.
Tetamu khas menyaksikan peraduan tersebut.
Pasukan dari Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (C) yang memenangi kuiz tersebut.
Pasukan dari Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (C) yang memenangi kuiz tersebut.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Raja Isteri Fatimah, Haji Muhd Saifullah bin Haji Puteh.

Persembahan pantomim daripada murid-murid Sekolah Ugama Pelambayan juga memeriahkan lagi peraduan tersebut.

Peraduan kuiz tersebut dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (C).

ARTIKEL YANG SAMA